Selasa, 5 Ogos 2014

Rindu awak 200%...iye ke idok ?

Assalamualaikum...

Tamat sudah drama Kerna terpaksa ku relakan....nah skrg nie drama baru laks...Rindu awak 200%...wah2...slalu dgr 100% jerk kan...nie smpi 200% ....rindu sangat2 ler tuh kan...

Me masa baru2 tak terjebak lagi...tup2 dgr jer lagu Siti Nurhaliza nie...terus rasa besh plop....
bukan per ..igt masa me sakit dlu....cik abg ler susah payah jaga me....nie yg wat cayang 200%..iyer ke idok...?...yer ler kan...

Nie soundtrack tuk citer Rindu awak 200% lakonan Zul Ariffin & Adya jebat (ermm pelakon pompuan nie pelakon baru...me tak penah tgk lagi...) not bad ler...

Pelakon lelaki nie mmg femes ler kan....then me suka tgk fizikal nya...ngan tough nya..sasanya...nmpk macho jerk kan....igt lagi lau kengkawan tanya ciri2 lelaki pilihan....me akn jwp nk yg tough2...sasa2 tpi bkn spesis yg ahli angkat berat tue....seriau me taw...heee3

Layan lagu jap k...



Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. 
Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. 
Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan drama bersiri Rindu Awak 200% bersiaran mulai 15 Julai 2014, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
TARIKH :  15 Julai 2014 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego

LAGU TEMA / OST RINDU AWAK 200%

OST : Jaga Dia Untuk Ku
Penyanyi : Dato Siti Nurhaliza

OST : Maafkan Aku
Penyanyi : Asfan
PELAKON DAN NAMA WATAK

Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
Mimi Ernida sebagai Daria
Zuhairi sebagai Zahirin
Jonathan Putra  sebagai Raizil 
Adeline Tsen sebagai Irene
Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
Afzan A.Rahman sebagai Azad 
Fazahmaddaud sebagai Raziqah
Fathildani sebagai Iqbal
Fazah Mad Daud
Ika Nabella sebagai Nazneen

SINOPSIS NOVEL RINDU AWAK 200%

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?


Sekarang dh 12 episod.....layanzss..

Ok daa... 















1 ulasan:

Rai sa berkata...

cer komen ullos....ok tak citer nie...