Rabu, 5 Oktober 2016

Tak lama dah....

Assalamualaikum....

Dalam beberapa bulan kebelakangan nie....area rumah mak & ayah sentiasa sibuk bebenor...
dengan kren lah...lori pasir lah...besi lah.....then rata-rata penduduk kat situ pon dah slow-slow berpindah kat lain....

Dulu ingat kawasan kat rumah mak tak adalah kena 'usik', @ lambat lagi tuan tanah nak amik kan..
last-last kena jugak....
Bukan nak kata kawasan rumah mak tue semuanya tanah orang....ada jugak tanah kerajaan...
dah bertahun-tahun Cik Ja duk situ (rata-rata yang duk kat situ memang atas tanah kerajaan)..& sekarang pon kerajaan ada bagi tawaran untuk bagi rumah kepada sesiapa yang menduduki tanah kat area situ termasuk rumah mak & ayah....

Memang Cik Ja di besarkan kat situ...dari sekolah tadika hingga ke Menengah.....sampai semua adik beradik Cik Ja dah kahwin ...rumah mak & ayah masih lagi utuh seperti mana kasih sayang mak & ayah....bermacam-macam kenangan manis, lucu, pahit, sedih semuanya silih berganti....
arghhh....sapa laks yang kupas bawang nie.....haduss......
maaf  Cik Ja ter'emo lakss....
mahunya takkan....tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pula tempat bermanja......

Kalau dulu, heboh pasal nak wat projek resort & hotel (berjuta2 dengar) yang nak di bina depan rumah mak & ayah (depan tue adalah pantai..laut)...memang pemandangan cantik....Laut China Selatan.....dan sekarang nie projek tue dalam pembinaan.....
dah tak ada lagi lau yang sentiasa menjadi peneman di kala waktu petang....
habis ditutup dengan zink biru....pokok-pokok yang ada kat situ dah bertahun2 (walau tuan pokok dah meninggal) tapi pokok2 kat situ masih utuh.....dek kerana pembangunan.....pokok2 terpaksa di tebang.....alahaiiiii.....







tue masa dalam bulan Aug'16....baru lagi.....then masa nie derang tak letak lagi zink kat depan tue...masih boleh tengok lau lagi...tapi sekarang dah jadi biru mata hitam ku....huuhhhhh....

dan lepas tue ada lagi......kat belakang rumah mak & ayah dah rancak lori2 duk menimbun tanah2 tuk bina Kondominum kata si Tuan Tanah.....
nak di jadikan citer....kat dapur tue kena lah sikit tanah si tuan tue....nak tak nak memang kena roboh separuh rumah mak & ayah tue....
walaupon tuan tanah x cakap suruh robohkan bila-bila...tapi bila dah hari2 lori keluar masuk kat belaakang rumah mak......dah duduk pon dah x senang kan...

huuu2....nnti cik ja sambung lagi....
tetiba der keje laksss.....











 Psstt:- lepas nie dah tak leh nak lepak2 kat rumah mak & ayah....tak leh hirup udara petang2...tak leh tengok lau dah..tak leh main pantai dah....tak leh main pasir dah.....
arghhhh......kembalikan kenangan itu...pleasezzzz...







Tiada ulasan: