Rabu, 4 Oktober 2017

Titian Cinta_bersemut weyyy...

Assalamualaikum....

Lama dah cik ja tak layan drama nie...
sekali  tengok teaser yang zulripin berlakon....
ermmm....apa lagi.....harussss nengok nih....
kih2...since minat zulripin masa drama Rindu Awak 200% tue...

Cik Ja nie lau spesis berbadan sado @ tuff memang melting....
haa2...tahh tak tahu kenapa...since dari sekolah lagi minat jejaka cenggitu...
*terimbau plaks kenangan dulu ehhhh*
mungkin rasa safety kot bila ada cik abang yang bertubuh sasa nie kot....
miahahahahha....

Sekarang der drama yang Cik Ja rasa..boleh layan ler....
sebelum nie..lau tengok para2 pelakon & tajuk citer tue....
ermmm...nampak macam xbesh jerk...terus x layan...
layan budak berdua tue jerk .....

La nie....drama nie dah masuk episod ke-13....
adaptasi dari novel "Titian Cinta"...tapi bila Cik Ja review skit pada novel nie...
memula macam x sama jerk...tapi maybe director punya alasan tersendiri kan...
pepe pun penangan zulripin lah nie....

......

Bermula 11 September 201, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam, 
drama Titian Cinta turut dijayakan oleh gandingan barisan pelakon kegemaran ramai seperti 
Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee dan Marisa Yasmin.


DRAMA : TITIAN CINTA
Titian Cinta berkisar tentang percintaan antara Aisy (Farah Nabilah) dan Harris (Zul Ariffin). Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.
Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.
Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.
Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.
Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula? 
Nie novel nya.....



Lau tak salah..pelakon perempuan nie Cik Ja x pernah tengok lagi...
maybe pelakon baru...tapi tengok dia berlakon not bad....
x macam sesetengah pelakon perempuan tue....muka jerk cantik...tapi feel berlakon....sedihhhhh
*wahh....macam pengkritik plaks kan....*





 Psstt:- lau dah terjebak ....cengini ler....








Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...