Selasa, 3 Jun 2014

Temptation of Wife - Telenovela TV3


Assalamualaikum...

Lama tak wat entry baru nie....coz awal bulan mmg tak me nk updated..sana sini mintak report..Hokey dah settel report hati baru senang...tak gitu...

Nie nk tell telenovela yg hot sekarang nie...igt tak terjebak rupa2nya...terjebak jua akhirnya...
huu3...

1st tengok gitu2 jerk...tup2 syok plop coz feeling terlebih..haa2..walhal geram kt Heidi tue..goda suami kawan sendiri...geram btol nengok nyer..

Nah sekarang sejak der www.tonton.com.my dah tak perlu risau...lau terlepas epis. 1 buleh tgk kt tonton...skrg dh epis 28....ok ler tak ckp lebih2...nk tgk citer nie kasi lebam biji mata...hahahha3...cuma nk ckp :-

Moral of the story - 

1) Jangan cuba2 nk curang ngan pasangan
2) Buat baik perpada2..buat jahat jgn sekali (nie di katakan hukum Karma)..
3) Selalu berkeyakinan & tabah & sabar dari semua aspek...

setakat tue ler buleh citer...selebihnya tgk sendiri..."salamat po"..
heee3...




Sinopsis - Temptation of Wife


Angeline dan Heidi berkongsi persahabatan sejak Heidi diambil dari kedua ibubapa kandungnya Abner & Minda, yang ingin membuangnya. Angeline membesar bersama Heidi dan sangat sayang kepada Heidi yang telah dianggap seperti adiknya sendiri. Tetapi Heidi pula didorong rasa iri hati & cemburu terhadap Angeline, diam-diam telah membenci Angeline. 

Ramai lelaki tertarik pada Angeline tetapi Angeline jatuh hati pada Marcel. Mereka bercinta tetapi tidak bertahan lama apabila Angeline disahkan mengandung & Marcel dipaksa berkahwin dengan Angeline. Walaupun perkahwinan mereka tidak mengecapi bahagia, Angeline cuba menjadi isteri yang baik untuk suaminya ; dan juga menjaga kedua ibubapa mertuanya, Romeo & Stella. 

Angeline tahu kehidupannya penuh pembohongan dan pengkhianatan. Masalah semakin besar bila Angeline keguguran. Selepas beberapa ketika Angeline mendapati Marcel curang dan mempunyai perempuan simpanan, menambahkan kejutan apabila Heidi, adalah perempuan simpanan tersebut. Angeline rasa dikhianati. Angeline merasakan kehidupannya musnah bila dikhianati oleh dua orang yang paling dekat dengan hatinya. 

Marcel bertekad untuk memutuskan hubungan dengan Heidi tetapi Heidi telah mengandungkan anaknya. Marcel memilih untuk hidup bersama Heidi dan Angeline dipaksa untuk kembali tinggal bersama ibubapanya. Tetapi Angeline mendapati dia juga mengandungkan anak Marcel. Heidi kemudian cuba untuk membunuh anak Angeline dengan melemaskan Angeline. Tetapi takdir berpusing kembali. Angeline bertahan dan kembali untuk membalas dendam.


"Salamat po"




Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...