Jumaat, 26 September 2014

Buleh caya ker ?

Assalamualaikum....
Me muncul lagi....haaa3
Kopi...saper yg tak suka minum....rugi wooo..coz me mmg pengemar kopi...
nie ader artikel tentang rahsia kopi....check it out...

SHUHADA MANSOR kongsi rahsia di sebalik jenis kopi yang digilai ramai. Setiap satu daripadanya terselit karakter berlainan dan mari kita kaji mana satukah antaranya ada kaitan dengan diri sendiri
Kajian yang dijalankan oleh ahli Psikologi dan Kesihatan Mental terkenal Los Angeles, Dr Ramani Dursuvula terhadap 1,000 penggemar kopi mendapati mereka yang gemar mengambil minuman ini mempunyai sikap dan personaliti yang hampir serupa dengan jenis kopi sama.
Latte
Foto
Kopi jenis latte lebih ringan rasanya kerana dicampurkan dengan krim atau susu. Bau kopi yang kurang pekat ini dikaitkan dengan individu yang suka membantu orang lain walaupun situasi itu akan menyusahkan dirinya. Kepada mereka yang sukakan kopi ‘tanpa kafein’ pula mempunyai personaliti obses terhadap sesuatu yang digemari tidak kiralah jenama atau idola.

Presso

Kajian mendapati bagi penggemar kopi jenis espresso, mereka dipercayai memiliki karakter peramah dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dipercayai, seorang penggemar kopi jenis ini berpewatakan setia dan ia adalah istimewa kerana personaliti itu sukar ditemui pada zaman sekarang.


Cappucino

Pengemar kopi jenis capuccino biasanya dilihat sebagai seseorang individu yang baik hati. Namun begitu, anda juga gemarkan semua benda dalam keadaan sempurna, bak kata orang ‘perfectionist’ atau individu yang penting kesempuranaan dalam semua hal. Karakter ini boleh membawa masalah jika keadaan tidak seperti diharapkan.


Kopi ‘O’

Mungkin kopi jenis ini boleh dikatakan minuman biasa ramai orang. Mudah didapati di mana saja selain rasa yang kuat buatkan ada yang menggilainya sejak pertama kali mencuba. Bagi anda yang sukakan kopi ‘O’, dikatakan jenis yang suka kekalkan semua situasi dalam keadaan mudah. Selain itu, anda juga dipercayai penyabar, namun tidak suka membuat perubahan baru. Ada juga pegemar kopi ‘O’ pendiam dan suka bersendirian.


Frappuccino

Kepada mereka yang suka minum minuman air kisar (ice blanded), anda dikatakan seorang penetap fesyen (trendsetter) dan pastinya suka mencuba pelbagai benda baru. Dari segi kehidupan sosial, anda dikenali ramai tapi kadangkala suka bertindak melulu.


Kopi 3 dalam 1

Pengemar kopi segera dikategorikan sebagai seseorang yang paling sempoi dan terlalu bersahaja sehingga mengabaikan kerja. Ada pula sikap anda yang kurang mahir dalam melaksanakan rancangan yang telah direncanakan.

Jadi, selepas meneliti kajian ini, mana satukah kategori anda?        
#Harianmetro - 26/9/14
*Me suka minum kopi 3 in 1...KOPIKO LA...kekadang Kopi O...haaa..acaner tue...takkan asyik tertukar jerk karakter kan..lgpon lau kopi 3 in 1 nie...cepat..senang....n..sedddaapppp....ader umpphhh...

hee3..
*pe hal rnie sampi 2 entry skali kan...nmpok sgt preee kemain lgi....

Catat Ulasan