Khamis, 25 September 2014

Semoga di permudahkan...in sha Allah..

Assalamualaikum..

Rinie ayah kena jalani rawatan Endoscopy...kt Hospital Tengku Ampuan Afzan_Ktn
Semoga di permudahkan segalanya....amin2..ya rabbal al-amin

Nie pic masa raya baru nie (2014)...kt rumah arwah tok_kg.Losong Haji Awang_Trg

Apa itu Endoscoppy
  • Perlukah saya menjalani Gastroskopi / Kolonoskopi ?
Endoskopi (Gastroskopi dan Kolonoskopi) bagi mengenalpasti sebarang kejanggalan pada system penghadaman. Prosedur ini ialah satu kaedah yang mudah, cepat lagi selamat.

Endoskop merupakan satu tiub yang kecil, fleksibel dan mempunyai lampu dan kanta pada penghujungnya, membolehkannya melihat bahagian dalam esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Di samping itu, tisu yang diambil boleh diperiksa untuk kanser.

Gastroskopi

Ini merupakan pemeriksaan bahagian dalam esofagus, perut dan usus kecil. Endoskop dimasukkan melalui mulut dan kemudiannya ke esofagus, perut dan usus kecil. Pakar perubatan boleh melihat ke dalam serta mengambil cebisan tisu untuk ujian biopsi jikalau perlu. Sebarang kejanggalan dapat dikesan dengan kaedah ini termasuk inflamasi dan pendarahan (tidak dapat dilihat dengan kaedah lain seperti X-ray).


Indikasi:
  • Sakit epigastrik atau rasa tak selesa di bahagian atas abdomen.
  • Pedih Ulu Hati atau gastroesophageal reflux disease (GERD).
  • Helicobacter pylori dikesan semasa pengujian darah.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser gastrik.
  • Susutan berat badan pada kebelakangan ini.
  • Mengesyorkan yang berumur 40 keatas membuat gastroskopi setiap tahun.
  • Memeriksa penyembuhan atau progress polips, tumbuhan atau ulser yang dikesan pada prosedur yang lepas.
Penyediaan gastroskopi:
pusat endoskopi
Berpuasa (jangan makan atau minum) sekurang-kurangnya 6 jam sebelum prosedur. Ubat bius diguna supaya anda dapat relaks dan ubat spray diguna untuk kebaskan tekak anda. Prosedur ini akan mengambil masa beberapa minit saja. Bila anda telah menyedar diri sepenuhnya dari prosedur ini, doktor akan menerangkan hasil laporan anda.
Jika biopsi diambil semasa prosedur, laporan biopsi akan disediakan dalam jangka masa 2 minggu. Laporan biopsi dan penerangan doktor akan dihantar kepada anda dengan pos berdaftar.


Kolonoskopi

Kolonoskopi membolehkan pakar perubatan melihat seluruh bahagian usus besar apabila kolonoskop dimasukkan melalui rektum. Indikasi untuk menjalani pemeriksaan kolonoskopi adalah seperti berikut :-

  • Pendarahan dari rektum (darah bercampur dengan najis).
  • Masalah sistem penghadaman seperti cirit-birit, sembelit dan sakit perut.
  • Sejarah keluarga yang menghidap kanser usus besar atau sebagai 'screening' untuk pesakit berumur > 50 tahun.
  • Untuk mengenalpasti sebab-sebab cirit-birit yang berlanjutan.
  • Untuk mengenalpasti penyakit Crohn's, Colitis atau Ulcerative Colitis.
  • Seseorang yang pernah menghidap penyakit polip usus besar.
                      * Copy n paste....me mls nk taip bnyk2......Sumber dr En.Google....



Tiada ulasan: