Rabu, 7 September 2016

Si Kolot Suami ku ?..ishh bukan lahh...

Assalamualaikum.... 

Lam dah rasa Cik Ja x review drama kan, yelah sekarang Cik Ja x berapa nak layan dah drama @ telenovela yang panjang berjela bagai tue.....
Menjak ada Cik Adawiyah nie...dah x leh nak layan sangat daahhh...

Nie pon lau tengok drama yang mana Cik Ja tengok pelakon & ceritanya...
lau merepek merapu meraban...x layan dah eehh.......
lau cintan cintun bagai nak rak memanjang....busan jugak kan......

Jom kita layan citer nie plaks......
Nie pon sebab trending & pelakon cik ja suka....iaitu Siti Elizad.....
kelakor pon ada....geram pon ada....kih2...

Drama terbaru adaptasi Novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz yang bakal menggantikan drama Lelaki Macam Dia di Astro Ria. Drama komedi romantik arahan sutradara Eyra Rahman iaitu mengandingkan Amar Baharin & Siti Elizaad Sharifuddin sebagai teraju utama...
Dah di tayangkan pon....setiap hari Isnin - Khamis jam 10malam di saluran Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123.

Judul    : Si Kolot Suamiku
Episod  : 16 Episod
Hari/masa : Isnin - Khamis (10.00malam)
Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : MIG Production Sdn Bhd
Pelakon : Amar Baharin, Siti Elizad, Faizal Hussein, Waris, Kuza Atikah Suhaimie, Sheila Mambo, Lisdawati, Kazar dll


Sinopsis Si Kolot Suamiku

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan mempunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dahn bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu.  Di sebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana di kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah & jelak !

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudia suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi.  Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impianyan, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah (emak Kudin) untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah & bernafas di kota besar.


jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya ? Benarkan Kudin itu seroang lelaki kolot yang menjengkelkan ? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin ?

Best kan......sekarang Cik Ja baru duk nengok....episod 7.....
aduhh...nak gelak pon ada...kesian pon ada.....
hai lahh...Kudin bertabahlah dapat bini rupa itu.....(Edrina_banyak songeh....) haaaa2


Psst : dah layan sekali ...pasti dah terjebakkkk kan...


Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...