Khamis, 14 Januari 2016

Faham betul-betul noq....


Assalamualaikum....

Dalam melayari rumahtanggan memang banyak ketidaksefahaman antara suami isteri boleh berlaku.
Mungkin dulu bercinta semua nampak cantik dan indah tetapi bila sudah hidup serumah baru tahu segala baik buruk pasangan. Tetapi bukankah pasangan suami isteri itu perlu saling melengkapi. Tak ada yang boleh jadi Mr/Mrs.perfect 10. Bagi yang bergelar suami isteri, masing-masing kena jaga beberapa perkara berikut supaya rumah tangga bahagia hingga ke jannah.


1. Jaga hubungan dengan Allah
  * Mula-mula sekali mesti utamakan Allah SWT dalam apa jua perkara. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah.  Allah akan jaga kita.  Solat jangan tinggal, lagi bagus kalau suami boleh ajak isteri solat berjemaah dan ajar isteri bab-bab agama yang isteri tak tahu.  Bukankah isteri dijadikan daripada tulang rusuk suami, jadi memang wajiblah suami bimbing isteri ke jalan yang diredai-Nya.


2. Jaga AIB pasangan masing-masing
  * Islam mengajar suami isteri supaya saling jaga AIB masing-masing.  Jangan terlalu "OPEN MINDED" dan URBAN sangat hingga AIB pasangan hendak diberitahu kepada semua orang.  Kononnya berfikiran terbuka dan mahukan pendapat pihak ke-3.  Takut-takut buruk padahnya.


3. Jangan VIRALKAN masalah rumah tangga dalam media sosial
  * Facebook bukan tempat berkongsi masalah.  Kalau ada masalah dalam rumah tangga,  jangan sesekali KONGSI dalam Facebook.  Anda hanya akan mengundang lebih banyak masalah.  Tak pasal-pasal kisah rumah tangga anda akan viralkan oleh pihak yang hendak mengaut rating tinggi @ LIKE bagi portal dan fanpage mereka.


4. Tak perlu kongsi kebaikan suami
   * Contoh kes, Jemah berkongsi gambar suaminya menolong membasuh pinggan mangkuk dalam facebook dan tidak lupa 'Tag' nama suaminya.  Lepas itu dia tulis komen, "Tima kasih en.hubby tolong basuh pinggan, Love u till Jannah".  Tak sampai 5min, berpuluh komen masuk.  Antara komen popular "Eh sweetnya hubby you", "Untunglah ada suami rajin, "Nak cari suami macam nilah".
Sebagai isteri sudah tentu anda akan berasa bangga & beruntung kerana ada suami yang rajin membantu tetapi jangan lupa ia juga boleh membuka pintu masalah lain.  Mungkin ada wanita yang akan 'request friend' dengan suami ada di facebook.  Kemudian dia menghantar mesej peribadi kepadanya, maka terjalinlah hubungan.  Lebih baik kita fikirkan kesan buruknya berbanding menafikan ia untuk berlaku.


5. Kemas rumah bersama-sama
   * Tak kira sama ada isteri adalah wanita berkerjaya atau seorang suri rumah, suami perlu membantu isteri mengemas rumah.  Sebenarnya lagi bahagia rumah tangga kalau suami isteri kemas rumah bersama-sama.  Isteri pon penat juga seharian menguruskan kerja di pejabat @ anak-anak di rumah. Jadi tak salah kalau suami tolong apa-apa kerja yg patut macam membasuh pakaian (guna mesin basuh pun), melipat pakaian, menyapu lantai rumah dan lain2.  Janganlah jadi suami yang tipikal!!  Balik kerja, duduk depan TV sambil layan Handphone @ main games.  Anak2 yg masih kecil pun isteri nak uruskan.  Macam mana isteri tak 'angin'.


6. Jangan Komen cara kerja pasangan
  * Bagi isteri pula, kalau suami jenis yg ringan tulang maka bersyukurlah.  Jangan pula komen cara kerja pasangan.  Contohnya, tak suka cara suami melipat @ menyidai pakaian.  Lagi melampau boleh pula kongsi ketidakpuasanhati dengan cara kerja suami di facebook.  Habis satu dunia tahu cara suaminya melipat @ menyidai baju yg kononya tidak mengikut piawaian dirinya.


7. Utamakan kewajipan
  * Kewajipan seorang isteri di rumah sudah pasti menjaga keperluan suami.  jadi, kalau di rumah pastikan anda bereskan dahulu menyediakan makan minum suami.  Jangan leka sangat melayan mesej di facebook & whatsapp sampai suami kelaparan!.


8. Ucap Terima Kasih
  * Tak susah utk mengucapkan terima kasih tapi masih ramai yg berat hendak mempraktiskannya. Tahukah anda, dengan ucapan terima kasih secara ikhlas daripada suami @ isteri ia mampu membuatkan pasangan berasa sangat di sayangi.  Bukan susah pun.  Suami boleh ucapkan terima kasih kerana isteri masakkan makanan yang sedap, gosokkan bajunya @ apa sahaja.  Isteri pula ucapkan terima kasih sebab suami tolong jagakan anak, kemas rumah @ sebagainya.


9. Selalulah memuji
  * Biasakan memuji kebaikan @ penampilan pasangan.  Jangan sampai orang lain yang memuji suami @ isteri anda. Suami & isteri yg kerap menerima pujian akan lebih menghargai pasangannya.


10. Jangan lupa peluk cium pasangan
   * Kajian psikologi mendapati pelukan suami isteri dapat mengurangkan tekanan perasaan.  Pelukan yg dilakukan sebelum tidur selama 10min (tanpa diteruskan dgn hubungan intim) dapat melepaskan segala perasan negatif yg tersimpan dalam hati sepanjang hari.  Pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Pelukan bukan sekadar permulaan kepada hubungan intim suami isteri sahaja tetapi sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami & isteri. Maka, selalulah peluk isteri & suami masing-masing.

# sumber dari majalah PA&MA




Psstt:- sama2 perbaiki diri...yunkkk..

Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...