Rabu, 26 Ogos 2015

Telenovela_Carmela...

Assalamualaikum....

Demam telenovela lagi.....
hadusss....terjebak sudaa....

korang penah tengok citer nie tak...
drama filipina nie arahan Dominic Zapata...
sebanyak 83 episod tue....fuyoooo...lama tue....baru betul telenovela kan...
drama nie di keluarkan pada 27hb Jan 2014....
then kat Malaysia baru siarkan tahun nie ...2015

Masa tayangan kul 3pm - 4pm di TV3....selepas drama Be carefull with My heart (si Maya & sir chieft tue..Richard)....koi layan gak sikit-sikit ...tak adalah fanatik sangat...
cuma drama nie koi suko.....

coz pelakon perempuan tue koi sukooo...
sapa lagi lau tak Marian Rivera ngan pelakon baru...Alden Richards *hencem*.....nampak macam muda lagi...baya-baya anak-anak ikan....OMG......haaa3..

korang nak tahu drama nie pasal per...
sekarang dah episod 21 dah....

setakat nie so far ok lah.....masa yang mendebarkan...
segala persoalan telah terjawab.....cuma masa sekarang tuk membalas dendam plaks...
*kasih sayang, kesetian, kecurangan, penipuan, kerana kuasa,* semua ada...

panjang plaks koi mengulas nie....
haaa3...
pepe pon....nie sinopsis nyer...

Marian Rivera & Alden Richards (citer tak di galakkan anak2 menonton) kerana tak sesuai

CARMELA - Sinopsis

Amanda (ibu Carmela) mempercayai dirinya membawa malang @ pembawa malang. Tapi selepas Amanda bertemu dengan Danilo (ayah Carmela) semua itu berubah. Amanda & Danilo berkahwin dan mempunyai serorang anak perempuan yang comel dan cantik di panggil Carmela. Tanpa sangka Danilo mati angkara perbuatan Fernado Torres (mempunyai niat jahat terhadap Amanda), Nida (sedara Fernado) yang menjadi saksi semasa kejadian itu. Amanda & Carmela meneruskan kehidupan seperti biasa, Fernado menyimpan agenda terhadap Amanda lalu memperkosa nya. Amanda hamil anak yang ke-2 iaitu anak Fernado yang telah di beri nama Janine. Fides (isteri Fernado) tidak mengetahui akan hal itu. Fernado mengarahkan kawan nya (Timbalan Polis) membunuh @ mengusir si Amanda bagi menutup rahsianya lalu mengatur rancangan supaya Janine dapat tinggal bersama nya....

Apakah alasan Fernado yang di rencanakan (haishhh lau dah nama orang jahat...macam-macam plan lah kan)..geram plak koi tengok muka si Fernado nie....tak padan ngan tua....merenyam bagai...

dan bagaimana pula kehidupan Carmela setelah mengetahui ibu nya (Amanda) telah mati ...
saksikan ler sendiri....
*ada gak scene yang tak censored tue...tak berapa sesuai lau bebudak gak yang menonton*
.....


 Psstt:- dah terjebak susah nak elak....haduyaiii...

Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...