Rabu, 13 April 2016

Bila anak ada Allergik_

Assalamualaikum....

* Sumber dari Pa&ma

~ Pernah tak si kecil tiba-tiba bersin tak berhenti-henti dan mata menjadi bengkak ? Ia kerap berlaku apabila dia makan makanan laut, terdedah pada habuk atau berada di cuaca panas terik.

Ada setengah kanak-kanak pula akan di tumbuhi bintat merah yang gatal. Sebenarnya gejala ini menunjukkan anak anda alergi terhadap makanan laut & habuk.

Biasanya, alergik ditandai dengan simptom seperti cirit-birit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang di hadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan.

Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.  Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan.

Mari kenali pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.

1) Susu Lembu  - mengandungi protien yang asing buat si kecil.  Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia 1 tahun.  Sebarang produk yang dihasilkan menggunakkan susu lembu seperti Yogurt, Keju, Aiskrim, dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit-birit dan muntah.

~ Cik Adawiyah memang tak leh langsung minum susu @ makanan yang berasaskan Susu lembu, sampai sekarang masih lagi minum susu Isomil Plus (kacang soya) ~
Pernah cuba tukar susu Pediasure....tak boleh....naik merah-merah & bengkak muka2....
alahai anak ibu ....Susu Isomil Plus (1-10tahun)...fuhhhh....

2) Tungau debu - Organisma kecil yang turut dikenali sebagai dust mites ini hidup di dalam habuk dan membiak di tempat panas & lembap seperti selimut, tilam, tuala dan kain.  Ia menyebabkan si manja bersin dan selsema. Dalam kes kronik boleh menyebabkan sakit dada, asma dan sukar bernafas.

3) Telur - Mengandugi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata.  Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.

4) Kekacang - Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang. Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.

5) Ikan & makanan laut - Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah sesak nafas, muntah, bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesis ikan tertentu perlu dielakkan baginya.

FAKTOR UTAMA PENYEBAB ALAHAN :-

Anda perlu tahu alahan tidak hanya disebabkan oleh keturunan semata-mata. Ada faktor lain yang menyebabkan hal ini berlaku antaranya ialah..

Faktor Cuaca
* Cuaca yang panas & lembap dan kadangkala ekstrem menyebabkan kesan alergi terutamanya kepada bahagian kulit.

Faktor Persekitaran
* Persekitaran memainkan peranan penting di mana lingkungan yg berhabuk, asap kenderaan, bau cat dan asap rokok boleh mencetuskan kesan alergi pernafasan pada si kecil. Cthnya seperti sesak nafas, gatal mata, dan batuk

Faktor Genetik/Keturunan
* Ya. Ia di warisi secara genetik dan mengalir dalam darah anda ! Jika anda seorang yang mempunyai elergi makan, anak anda mempunyai risiko 60% berbanding si kecil yang mempunyai ibu bapa yang tidak mempunyai alergi.

Faktor Fizikal
* Tubuh yang lemah menyebabkan sistem antibodi badan tidak boleh menyaring apa yang masuk ke dalam tubuh sehingga pencetus alahan ini terlepas masuk dan mula menunjukkan kesannya.

Faktor Emosi
* Stress dikenal pasti sebagai punca yang memicu masalah alergi ini. Ketika tertekan, tubuh menjadi keliru dan menghasilkan igE iaitu imuniglobolin E dan protien yang menyebabkan reaksi alergi.


TANGANI EMOSI ANAK ALERGI

~ Melihatkan orang lain bebas memakan makanan yang alah olehnya, si kecil perlu lah sentiasa di berikan sokongan moral yang positif. Tidak dinafikan dia akan rasa terasing dan lemah. Maka anda perlu bijak menghadapi kerenah anak alergi.

>>>  Katakan kepadanya.."Sayang tidak boleh makan telur sebab nanti sayang akan jadi gatal-gatal. Sabar ya. Mama ada sediakan ikan. Ikan yang paling selamat<<<

>>>> Berikan nilai positif dan jangan lupa dengar luahanya. Paling mustahak terangkan kepadanya tindakan anda melakukan semua itu  semata-mata demi kebaikan dan kesihatanya<<<

>>> Jangan jadikan alergi sebagai penghalang untuk si manja berkembang sihat<<<

>>> Usah berpantang makan sehingga malnutrisi dan menyekat perkembangan semula jadinya
Carikan makan pengganti yang mempunyai nutrien seakan-akan sama agar dia boleh mendapatkan vitamin dan mineral yang di perlukan untuk pembesarannya<<<

**panjang kan entri kali ini...tak apa sebagai rujukan semua**
kan sharing is caring.....hee3



ok daa...





 Psstt:- Dengar kata...lau anak2 ada yang alergi selalunya time kecil ....bila dah besar....in sha allah dah hilang.....mudah2an kan..







Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...