Khamis, 25 Jun 2015

Drama_M.A.I.D

Assalamualaikum....

Lama tak citer pasal drama kan.....
Saper pernah baca Novel Maid nukilan Suri Ryana nie...
Give me five....kite geng...

Me penah baca dulu....beshhh....ingat-ingat lupa dah coz
ikutkan novel nie dah lama......baru nak adaptasi (betul tak ejaan nie)
Untuk saluran Astro katanya...
ermmm..sadisss....
me tak langgan Astro coz jarang-jarang sangat tengok tiviii (tv)
yang dah ada pon tak tertengok....apatah nak langgan-langgan siaran baru bagai..

nak tak nak..rajin-rajin ler google website yang der record tuk citer nie...

nie hah buku novel M.A.I.D seperti pic kat bawah tue..
lau korang nak pergi beli....
pastikan yang original korang....
eh..eh..novel ada ke yang pirate....

ada ke idokkkk ???

Baca online novel M.A.I.D, baca novel online M.A.I.D penulis Suri Ryana, drama TV3 M.A.I.D, download novel M.A.I.D, gambar novel dan drama M.A.I.D TV3, sinopsis drama M.A.I.D TV3 pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Novel MAID karya Suri Ryana
Bukan apa....me seronok tengok gandingan Ayda Jebat & Zul Ariffin a.k.a abg sadoo tue...
nie gara-gara drama Rindu Awak 200% lerrr....
dah terjebakk...aishhh..

sekarang dah episod 8....
lau korang nak layan drama nie...
sila lah terjah website nie...

www.gengtube.org @ www.myflm4u.com

nak tahu sinopsis MAID...

ok nie hah...

MAID

Mengisahkan serorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di penthouse mewah kepunyaan Hariss Tan Sri Hamdan yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan.
Oleh kerana sifatnya yang cerewet tue, Noorul menggelar Harris sebagai Mr.F (Fussy a.k.a Cerewet).
Semua yang di lakukan oleh Noorul sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr.F.

Dari berbalas-balas nota yg berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr.F semakin banyak pula sebab yang die temui utk mencintai lelaki itu.

Fitnah yg melanda menyebabkan Noorul & Mr. F terpaksa di nikahkan.
Gusarnya hati, Allah sahaja yg tahu kerana tidak pasti sama ada Mr.F boleh menerimanya sebagai isteri @ tidak. Noorul mula berteka teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf yg sememangnyer berdendam dgn Noorul ?


Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Lau nak tahu...tengok lah drama nie...
beshhh...& kelakor.....





 Psstt:- sekali terjebak ngan telenovela @ drama memang payah nk goes tan (reverse)....kuikuikui 

Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...