Rabu, 9 Mac 2016

Bercerai Susu @ Teruskan Penyusuan ??

Assalamualaikum....

#Sumber : Majalah Pa&Ma

*Ada 5 jawapan Ibu menyusu mesti tahu*
Moh kite baca..moga-moga dapat membantu kaum ibu-ibu di  luar sana...
ececeh sejak bila koi jadi pakar laktasi nie....
kih3....

Boleh menjadi rujukan koi jugak nanti .....manalah taw kot2 bertambah ahli baru lagi...amin2..

*sebenarnya ada stori mori berkaitan isu nie....antara Koi & CA ...
coz CA dah berusia 2tahun...masih lagi bf walau pon tak fully....tapi sekarang tidak lagi...
(masuk 3hari dah CA tak bf...kenapa??....nanti koi  citer)....
tapi biar koi share nie dulu....
ok tak ....

#Situasi (cth):-
"Alhamdulilah hari ini anak ibu dah genap 2tahun. Eh, maksudnya dah lengkaplah misi ibu menyusukan Ain dengan susu ibu sampai 2tahun. Jadi, lepas ni nak terus menyusukan ke @ bercerai susu ??"

Adakah persoalan itu bermain di fikiran ibu menyusu semua? Macam-macam versi fakta yang dikongsikan oleh rakan-rakan tapi yang mana satu betul dan perlu diikut ?

Fahami penerangan dari Kaunselor Laktasi bertauliah, Zatul Hijanah Ramzi tentanng dilema yang dialami oleh kebanyakkan ibu menyusu selepas selesai misi menyusukan anak dengan susu ibu selama 2tahun.

Soal Jawab :-

1) Biasanya selepas anak mencecah usia 2tahun, adakah ibu perlu terus menceraikan susu @ biarkan sahaja anak terus menyusu ?

Jawapan : Penyusuan susu ibu selepas umur anak 2tahun adalah pilihan ibu & anak. Ini bermaksud bergantung kepada KEHENDAK ibu & anak. Jika ibu & anak masih selesa utk meneruskan penyusuan, penyusuan boleh di teruskan selagi kedua-dua pihak berkehendakkanya.

Bagaimanapun mungkin juga pada usia ini ada anak-anak yang sudah menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk bercerai susu @ ibu sendiri yang sudah merasakan sudah sampai masa untuk anak bercerai menyusu.  Pendapat bapa sebagai ketua keluarga juga perlu diambil kira dan perlu dilibatkan dalam proses ini.

2) Sebenarnya bagaimanakh KEPERLUAN penyusuan anak usia 2 tahun?

Jawapan : Kanak-kanak yang berusia 2 tahun tidak lagi di perlukan susu sebagai diet utama mereka. Pada usia begini, susu hanya menjadi sebahagian daripada makanan tambahan dalam diet mereka. Apa yang penting dalam diet mereka ialah pemakanan seimbang.

Mereka perlu di perkenalkan kepada makanan "Keluarga" yang bermaksud makanan yang dimakan oleh ahli keluarga yang lain apabila berumur 1tahun keatas.  Melali pemakanan seimbang ini dapat membantu perkembangan motor halus dan deria rasa mereka seperti pengenalan kepada tekstur, rupa bentuk, warna dan rasa dengan membenarkan bayi untuk memegang dan menyuap sendiri makan mereka.

Namun begitu, tidaklah menjadi kesalahan untuk memberikan susu sebagai salah satu makanan tambahan dalam diet kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas.  Keperluan susu sebagai makanan tambahan  dalam diet hanyalah 16ml @ 2 gelas sehari.

3) Adakah selepas anak sudah bercerai susu, dia perlu diberi terus susu formula @ sebarang jenis susu segar dlm kotak/botol yang boleh terus di minum ?

Jawapan : Tidak perlu !! Yang penting adalah memberikan makanan yang seimbang.  Segala nutrisi yang di perlukan sudah cukup dalam pemakanan seimbang.  Ibubapa perlu bijak mempelbagaikan rupa, tekstur dan warna makanan agar dapat menarik minat anak untuk mengambil makanan seimbang ini.

Namun begitu, jika ibu bapa masih ingin meneruskan penyusuan susu ibu, ia adalah digalakkan.
Walau terdapat sedikit penyelidikan dilakukan keatas kanak-kanak yang menyusu di luar usia 2 tahun, maklumat yang ada menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu terus menjadi sumber nutrisi dan perlindungan penyakit selama penyusuan berterusan.

Selain itu, terdapat manfaat yang tanpa kita sedar dalam kehidupan seharian.  Cthnya, menenangkan anak-anak ini semasa memulakan penerbanganke udara dan semasa kapal terbang mendarat serta lain2 manfaat, termasuk mengelakkan jangkitan telinga serta dapat mengelakkan anak-anak ini menjadi seorang yang memilih makananya kerana susu ibu mempunyai rasa yang pelbagai kerana makanan yang ibu ambil dalam diet harian.

Sekiranya membuat keputusan untuk menberikan susu  selain daripada susu ibu, ibubapa boleh membuat kajian terlebih dahulu mengenai susu pilihan yang ingin diberikan kepada anak-anak mereka.  Ini supaya dapat mengurang risiko alahan dan ketidaksesuaian.

4) Sebagai kaunselor laktasi, apakah nasihat anda kepada ibu yang masih menyusukan anak dengan susu ibu selepas anak berusia 2 tahun ?

Jawapan : Keputusan meneruskan @ bercerai susu ibu adalah keputusan ibu bapa dan juga anak. Perlu pertimbangan yang teliti sama ada ingin meneruskan @ tidak.  Selagi ibu dan bayi ingin meneruskannya, ia masih boleh di laksanakan.

Sekiranya ingin bercerai susu, ambillah masa dalam melaksanakanya.  Ini kerana bercerai susu bukan sesuatu yang mudah.  Ia melibatkan emosi ibu dan anak dan tidak sesuai dilakukan secara paksa ataupun mendadak.

Sekiranya ibu mengambil keputusan untuk menceraikan susu, ia perlu di lakukan secara berperingkat. Cthnya: mengurangkan kekerapan penyusuan secara berperingkat.
Berperingkat ini contohnya jika kebiasan menyusu 4 kali sehari, maka dalam tempoh seminggu, penyusuan dikurangkan kepada 3kali sehari.

Kemudian pada minggu akan datang, dikurangakan pula kepada 2 kali sehari.  Ganti waktu menyusu ini dengan aktiviti yang lain dan berilah anak makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil dan dirasakan bersesuaian.

5) Bagaimana cara terbaik menghadapi persepsi sesetengah orang yang memandang negatif terhadap ibu & anak yang masih menyusu susu ibu ?

Jawapan : Setiap orang mempunyai persepsi dan bebas dalam memberikan pandangan masing-masing dalam isu penyusuan ibu selepas 2 tahun.  Jika ada yang berpandangan negatif terhadap ibu & anak yang meneruskan penyusuan susu ibu, biarkan sahaj mereka dan teruskan sahaja penyusuan selagi ibu & anak masih mahu.

Bagi menjaga sensitiviti dan mengelak rasa kurang senang masyarakat berkenaan penyusuan ibu melebihi 2 tahun, penyusuan susu ibu boleh dilaksanakan di bilik menyusu @ tempat yang dirasakan sesuai, pakai pakaian yang bersesuaian, guna selendang @ apron menyusu serta boleh jadualkan penyusuan anak hanya semasa berada di rumah kerana pada usia ini, susu bukan lagi keperluan utama mereka.

Sekian...


Fuhhh...panjang ler plak rnie koi menaip yer...
Pendapat koi plaks....terpulang pada hak masing-masing
Janji anak & ibu ok ajer.....
kan...





 Psstt:- Masuk nie dah 3 malam CA tak menyusu....serba salah nengok nya....heee2








Catat Ulasan