Selasa, 8 Mac 2016

Telenovela_UDA & DARA

Assalamualaikum....

UDA & DARA
Episod : 60
Tarikh : 24hb Feb'16
Hari/Masa : Isnin - Jumaat (6pm)
Siaran : Astro Prima & Maya HD
Novelis : Aisya Sofea
Terbitan : Global Station S/B
Pengarah : Ejump Zahir
Barisan Pelakon : Zul Ariffin (Izzat Hilman), Siti Saleha (Siti Mariam), Anis Al-Idrus (Khalidah), Dynaz Mokhtar (Kak Yah)..dll

Lagu Tema : Terimaku seadanya (Misha Omar & Hafiz Shuib)

Sinopsis :-

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si Uda tidak putus asa. Si Dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi gelisah. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai di rancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh di teruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah.
Tempoh diberi hanya 7 bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu ! Namun si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

"Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar"
- Izzat Hilman


Uda & Dara - "saat aku membenci dirimu, kau datang untuk memujuk"


Lagu Tema : Terimaku Seadanya...



Layanzss







Psstt:- dah terjebak....

Tiada ulasan:

Muncul kembali...

Assalamualaikum....  Ya Allah, Rindunya dengan kesayangan semua.. Allahuuuu... Lama betul tak bersua kan.. Cik Ja masih lagi setia dengan bl...